Paras Harga $100K Jadi Sasaran! BTC Sedia Menakluki $60K Sebagai Langkah Awal

605

Harga bitcoin meroket melebihi $59,000 pada hari Rabu, menyentuh tahap yang tidak pernah dilihat sejak akhir 2021 ketika larian bullish bagi kripto utama berterusan.

Bitcoin BTCUSD didagangkan meningkat 4.3 6% kepada paras dagangan $59,142, hampir mencapai paras tertinggi sesi dagangan pada $59,482. BTC kini kira-kira ketinggalan 14.5% dari rekod tertinggi $68,990 yang dicapai pada  27 bulan lalu.Semasa penulisan harga BTC didagangkan pada paras dagangan $59,850

BTC telah melonjak sebanyak 40% sepanjang tahun ini, lonjakan harga bitcoin telah dipacu oleh aliran masuk terus-menerus ke dalam dana yang didagangkan di bursa bitcoin dan keterujaan sempena sentimen ‘halving’ yang dijangka berlaku pada bulan April. Halving berdasarkan dta sejarah acapkali menunjukkan selepas peristiwa tersebut berlaku.

Kenaikan harga kripto ini sekali lagi meningkatkan saham berkaitan dengan Coinbase Global Inc. COIN, naik +2.72% dengan kenaikan lebih daripada 6% dalam perdagangan pra-pasaran dan MicroStrategy Inc. MSTR, +9.46%, salah satu pemegang terbesar bitcoin, naik 8%.

Saham-saham penambang kripto seperti Marathon Digital Holdings Inc. MARA, naik +3.84% dan Riot Platforms Inc. RIOT menurun -3.28% namun turut mendapat kenaikan 8% dan 6% masing-masing dalam perdagangan pra-pasaran.

“Dengan  syarikat gergasi dan nama-nama besar lainnya kembali menyuntik dana ke dalam BTC menjelang peristiwa halving yang dijangka berlaku pada bulan April, harga bitcoin kelihatan akan terus meningkat dalam jangka pendek,” kata James Harte dari broker multi-aset Tickmill Group. Lanjut beliau buat masa sekara ialah  persoalan sama ada lonjakan harga akan berterusan atau tidak selepas peristiwa halving? Ditambah pula dengan bekalan bitcoin yang semakin berkurang dan kelulusan ETF baru-baru ini memacu peningkatan permintaan, terdapat argumen yang kukuh bahawa kenaikan berterusan pada tahun ini dengan beberapa komen optimis untuk capaian $100k menjelang akhir tahun,”

Buat masa Indeks Ketakutan dan Ketamakan menunjukkan Bitcoin beralih ke wilayah sangat tamak pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat