Paras Resistance 1.13400 Menjadi Penentu Arah Pergerakan Harga Pada Dagangan EUR/USD Hari Ini

577

Dolar USD pada Isnin permulaan dagangan minggu ini dilihat masih lemah berikutan data ekonomi pada minggu lalu yang kurang memberangsangkan menguatkan lagi jangkaan bahawa bank pusat Fed bakal menurunkan kadar faedah pada tahun ini.

Penetapan kadar faedah di Amerika Syarikat pada mesyuarat FOMC awal Khamis ini antara yang menjadi tumpuan di mana pasaran menjangkakan kadar faedah pada kali ini akan kekal di paras 2.50% ekoran pertumbuhan ekonomi global yang bergerak perlahan dan data ekonomi yang tidak meyakinkan.

Indeks dollar yang mengukur kekuatan matawang USD berbanding matawang utama yang lain telah turun 0.1% mencatatkan kejatuhan terbesar sejak penghujung Ogos tahun lalu.

Berbanding USD, Euro sebaliknya masih berjaya mengekalkan dagangannya mengambil kesempatan terhadap pergerakan USD yang merosot. Data-data ekonomi pada zon Eropah akan terus dipantau oleh pelabur untuk mengukur tahap kesihatan ekonomi yang menjadi kebimbangan sejak kebelakangan ini.

Jika dilihat kepada pergerakan harga chart pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat masih kekal didagangkan meningkat dengan pergerakan harga agak mendatar pada penghujung dagangan minggu lalu dalam julat harga sekitar 40 pips turun naik harga.

Harga dilihat menguji zon resistance 1.13400 dan kembali turun ke paras RBS (resistance become support) pada 1.13000 namun harga tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun ke paras lebih rendah.

Dagangan permulaan minggu ini pula turut melihatkan harga naik lebih tinggi melepasi paras Magic Pivot 1.1323 hari ini dan kembali menguji zon resistance 1.13400 minggu lalu.

Jika harga berjaya breakout zon resistance tersebut, jangkaan kenaikan harga pada chart EUR/USD bakal menuju ke paras 1.13700 berhampiran paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Line.

Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras ketinggian harga terdahulu pada paras 1.14000 sekitar 70 pips kenaikan dari paras resistance semasa.

Namun jika harga gagal melepasi kenaikan pada resistance 1.13400, harga berkemungkinan membuat penurunan semula dan paras RBS 1.13000 berhampiran support MagicS1 akan kembali diuji harga.

Jika penurunan lebih rendah berjaya diteruskan harga, harga boleh mencecah ke paras support 1.1256 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini dan mencatatkan penurunan sekitar 80 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan untuk dagangan anda.

Paras support: 1.1301, 1.1278, 1.1256.

Paras resistance: 1.1346, 1.1367, 1.1390.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat