Paras Terendah Yen Sejak 1986, ‘Trader’ Dalam Mod Amaran!

411

Yen jatuh ke paras terendah sejak 1986 berbanding US dolar pada hari Rabu, menjadikan pasaran mata wang kiat berjaga-jaga terhadap sebarang tanda campur tangan dari pihak berkuasa Jepun untuk meningkatkan mata wang yang terjejas ini.

Dolar AS diperdagangkan pada 160.39 yen, paras yang terakhir dilihat pada Disember 1986, kerana jurang kadar faedah yang semakin meluas antara kedua-dua negara terus menghenyak mata wang Jepun.

Penganalisis mengatakan pedagang sedang menguji keteguhan prinsip Kementerian Kewangan dan bank pusat Jepun, yang membelanjakan $62 bilion pada akhir April dan awal Mei untuk mendukung mata wang apabila ia jatuh melepasi paras 160.

Harus dicatat bahawa strategi perdagangan ‘carry trade’ di mana pelabur meminjam dalam mata wang berfaedah rendah untuk melabur dalam mata wang berfaedah tinggi, menjadi sangat popular apabila beberapa negara telah menaikkan kos pinjaman dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun Jepun telah menaikkan kadar faedah tahun ini kepada julat 0 hingga 0.1%, kadar AS sebanyak 5.25% hingga 5.5% menyebabkan pelabur tertarik kepada pulangan lebih tinggi pada aset dolar, menaikkan mata wang US berbanding yen.

Diplomat mata wang tertinggi Masato Kanda berkata pada hari Isnin bahawa Jepun sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan terhadap pergerakan pasaran yang berlebihan, waima begitu para pedagang masih mengabaikan amaran tersebut selepas campur tangan terakhir tidak banyak membantu menghentikan penjualan.

Indeks US dolar, yang mengukur mata wang US doalr berbanding enam mata wang utama, mengukuh 0.3% kepada 105.99, paras tertinggi sejak 1 Mei.

Laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS pada hari Jumaat akan menjadi kunci untuk pasaran mata wang. Angka yang lebih rendah dari yang dijangkakan boleh menyebabkan pedagang meningkatkan taruhan mereka terhadap pengurangan kadar Fed tahun ini, memberikan sedikit kelegaan kepada yen.

Euro merosot 0.3% kepada $1.0683 selepas seorang penggubal dasar Bank Pusat Eropah membicarakan kemungkinan pengurangan kadar lebih lanjut pada tahun ini. Ia adalah sikap yang berbeza daripada Michelle Bowman dari Fed.

Ahli majlis pentadbiran ECB Olli Rehn memberitahu Bloomberg bahawa dua lagi penguarngan kadar tahun ini kelihatan “munasabah”. Ini berbeza dengan Gabenor Fed Bowman, yang mengatakan beliau tidak menjangka sebarang pengurangan kadar AS tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat