Pasaran Asia Dah Buka, Ini Matawang Yang Mendahului!

849

Dolar Amerika terus mempertahankan pengukuhan di tengah-tengah sentimen pasaran yang suram susulan penerbitan data pekerjaan dan penjualan runcit Amerika Syarikat yang kurang memberangsangkan menyebabkan para pelabur mendapatkan safe-haven US dolar.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding pesaing utamanya, didagangkan menguat di sekitar paras tertinggi satu bulan pada 90.887.

Jualan runcit AS jatuh untuk bulan ketiga berturut-turut pada Disember, berikutan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 telah mengurangkan perbelanjaan. Ini menyusuli penerbitan data pekerjaan NFP AS yang mengecewakan pada minggu sebelumnya.

Pengukuhan dolar greenback telah mendorong matawang euro untuk didagangkan ke paras terendah enam minggu, selain turut ditekan oleh kebimbangan terhadap penangguhan pengedaran vaksin Pfizer di Eropah.

Terdahulu, Pfizer dilaporkan akan mengurangkan penghantaran dos vaksin ke Eropah buat sementara waktu berikutan peningkatan dalam kapasiti pengeluaran, dan ini akan memberi kesan buat semua negara Eropah.

Hal ini secara tidak langsung menghidupkan semula kekhuatiran pasaran terhadap usaha pemulihan ekonomi.

Sementara matawang pound juga susut lebih rendah, di bawah paras harga 1.36000 selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan sekatan perjalanan yang lebih ketat untuk melindung dari risiko varian baru coronavirus.

UK akan menutup semua koridor perjalanan mulai hari Isnin, dan sesiapa yang terbang ke negara itu perlu memberikan hasil ujian coronavirus yang negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat