Pasaran Berisiko Lemahkan Mata Wang Aussie, Tapi Kenapa AUD/USD Meningkat?

394

Pada kebiasaan sentimen pasaran yang berisiko, mata wang pulangan tinggi termasuk dolar Australia akan mengalami penyusutan nilai.

Namun mengapa harga pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD meningkat tinggi pada awal dagangan minggu ini sedangkan pasaran global dilanda kebimbangan penularan Covid-19 varian Delta?

Kenaikan harga yang dipamerkan bukanlah didorong oleh pengukuhan dolar Aussie. Sebaliknya berlaku gara-gara penyusutan US dolar yang ketara di awal minggu.

Faktor penyusutan US dolar disebabkan keyakinan pelabur yang semakin pudar terhadap jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering). Ucapan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell pada acara perhimpunan Jackson Hole di hujung minggu ini akan diberi tumpuan.

Pada minggu lalu, harga pada carta AUD/USD yang membuat penurunan sehingga ke penghujung minggu telah merekodkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Namun, harga telah melonjak dari zon support sekitar 0.71100 di awal minggu dengan kenaikan telah mencatatkan sekitar 150 pips mencapai paras ketinggian 0.72700 setakat sesi New York Selasa semalam.

Pergerakan harga masih dalam trend bullish, namun harga mula perlahan pada sesi Asia pagi Rabu turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang akan menjadi petunjuk awal perubahan trend.

Sekiranya paras tersebut berjaya menyokong semula kenaikan harga, paras rintangan pada 0.73000 akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi yang diteruskan pada trend bullish harga bakal menuju sehingga ke paras tumpuan 0.74000.

Sebaliknya jika harga mula paparkan penurunan semula, zon support 0.71000 akan kembali diuji semula setelah lonjakan harga dari zon tersebut di awal minggu ini.

Penurunan lebih rendah melepasi zon support tersebut bakal menuju ke zon support 0.70000 yang kali terakhir diuji pada dagangan Oktober 2020 yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat