Pasaran Bitcoin Sepanjang Tahun 2017 – Adakah Tahun 2018, Masih Lagi Tahun Bitcoin?

284

Sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya, bagus untuk kita lihat kembali pergerakan harga bitcoin sepanjang tahun ini.

Bitcoin kini telah hampir memasuki usia 10 tahun, pada awal tahun 2009, matawang yang dicipta oleh Satoshi Nakamaoto, (masih tidak diketahui identiti sebenar sehingga kini, boleh jadi individu atau organisasi) harga bitcoin hanya berada paras kurang daripada $0.01.

Sejak itu bitcoin telah melalui beberapa fasa penting seperti perkenalan blok Gnesis, pertubuhan bitcoin Market pada tahun 2010, platform pertukaran Mt.Gox dan sehinggalah penutupan platform pertukaran tersebut akibat digondam.

Tumpuan kali ini diberikan pada tahun 2017, apabila harga bitcoin telah naik dari $0.01 keapda paras $1,000. Sejak dariapda itu, bitcoin mula menjadi tumpuan dan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur. Pada bulan September harga bitcoin telah melonjak naik ke paras $4,000 dan dalam masa 3 bulan, pada awal bulan Disember harga bitcoin telah melepasi paras $20,000 bagi satu bitcoin.

Beberapa perkara penting telah berlaku dalam dunia matawang kripto pada tahun 2017 seperti memuncaknya projek ICO. Hard fork bagi Bitcoin Cash. Kemudian projek SegWit2x pada bulan Julai yang akhirnya ditunda. Projek ini menjadi harapan apabila berlaku pemecahan Bitcoin Cash, bitcoin menghadapi beberapa masalah dan memerlukan block yang lebih bear untuk beroperasi.

Ditambah pula dengan tekanan daripada kerajaan seperti pengharaman pertukaran dan ICO  oleh China menyebabkan harga bitcoin dan alt coin jatuh merundum sebentar. Tidak termasuk dengan gerakan penggondam yang berjaya menggondam beberapa platform pertukaran.

Terkini ialah isu pelancaran pasaran hadapan oleh Cboe Futures Exchange (CFE) dan Chicago Mercantile Exchange (CME) menyebabkan harga bitcoin melambung tinggi. Ini atara faktor penting yang mendorong naik harga bitcoin.

Selain itu, yang turut mendorong harga bitcoin ialah ledakan maklumat di media sosial. Data Google Trend menunjukkan perbincangan bitcoin mencatat rekod yang tinggi di internet.

Faktor lain, banyak pelabur-pelabur besar juga mula melabur dalam matawang digtital tersebut dan terdapat juga institusi dan syarikat yang menggunakan bitcoin sebagai transaksi.

Terkini harga bitcoin berada pada paras $15,097.50 setakat jam 12.50 p.m

Bagaimanakah dengan pasaran bitcoin pada tahun 2018? Adakah tahun 2018 akan menjadi tahun altcoin?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat