Pasaran buruh U.K. kehilangan momentum dan terdapat tekanan terhadap pendapatan isi rumah.
Kadar pengangguran pula tidak berubah sama seperti pada Ogos lepas pada kadar 4.9%. Selain itu, Claimant count kurang daripada jangkaan yang mana adalah positif kepada ekonomi. Claimant count merupakan perubahan kadar pengangguran.
Average earnings index pula menurun kepada 2.3% dari 2.4% bulan sebelum. Average earnings index ialah data yang menunjukkan perubahan kadar upah kepada buruh. Data menunjukkan kadar upah yang menurun.
Bila kadar upah berkurangan akan menyebabkan berkurang lah juga perbelanjaan pengguna. Pendapatan sektor swasta akan jatuh, seterusnya mereka mungkin akan memberhentikan pekerja. Berlaku lah pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
Tetapi harus diingat, kadar pengangguran di U.K. masih stabil dan kejatuhan Average earnings index tidaklah teruk.
Ekonomi U.K. masih lagi dikuasai oleh sentiment Brexit (mood pasaran) yang mungkin membawa kesan negatif kepada ekonomi U.K. dalam jangka masa panjang.
Pound dan Euro Mula Melonjak Tinggi!