Emas meluncur jatuh lebih daripada 2.50% pada dagangan Isnin apabila mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi empat bulan.
Jangkaan pentadbiran Donald Trump untuk kali kedua ini boleh mencetuskan peningkatan perang dagang yang mampu memberikan pengukuhan tinggi buat USD.
Pada jam 11.00 pagi, harga emas berada pada paras $2,622.66 iaitu bergerak stabil sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia hari Selasa.
Logam tradisional itu bergerak dengan prestasi cemerlang sejak lebih sebulan di saat pasaran menantikan pelaksanaan pelonggaran dasar Fed dan pilihan raya Amerika Syarikat.
Indeks Dolar AS (DXY) yang menjejaki prestasi terbaik berbanding kumpulan mata wang utama lain dengan meningkat 0.60% kepada 105.57 mata.
Sementara itu, firma kewangan Blackrock dan JPMorgan memberi amaran bahawa kejatuhan jualan bon AS boleh tercetus berikutan rancangan fiskal Donald Trump yang mampu meningkatkan semula inflasi dan defisit belanjawan.
Pada mesyuarat Disember, Federal Reserve (Fed) dijangka akan menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas dengan kemungkinan pasaran setinggi 80% berbanding sebelumnya hanya 65%.
Menurut Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari berkata mereka mempunyai keyakinan bahawa inflasi akan turun sepenuhnya menuju 2% dan pertumbuhan ekonomi akan kekal kukuh.
Sepanjang minggu ini, ada beberapa data ekonomi AS yang mempengaruhi arah emas terutamanya keluaran data penting mengenai inflasi pengguna dan jualan runcit.