Pasaran Harus Berhati-Hati, EU Bersedia Dengan Situasi ‘No Deal’!

495

Para pemimpin Kesatuan Eropah pada hari ini telah memberi ulasan mengenai perkembangan rundingan Brexit. Menurut mereka, setiap persetujuan walaupun kecil adalah bernilai namun EU tidak akan berkompromi dengan apa jua kos yang harus tanggung.

Menurut Canselor Jerman Angela Merkel, pihak EU mahukan kesepakatan tetapi tidak mahu menanggung apa-apa kos yang tidak adil. Justeru ia mesti menjadi perjanjian adil yang memberi keuntungan kedua-dua belah pihak.

Rundingan yang telah dijalankan telah merapatkan jurang mengenai isu-isu yang bermula dari kesejateraan sosial sehinggalah kepada pengangkutan. Walaubagaimana ada tiga isu yang masih menghalang kesepakatan iaitu isu persaingan yang adil, perjanjian susulan dan perikanan.

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengatakan sekiranya syarat tidak dipenuhi maka ada kemungkinan tidak ada kesepakatan. Kata beliau, “sekiranya syarat yang tepat tidak dapat disepakati pada akhir perbincangan ini, kami sedia untuk tidak membuat perjanjian untuk hubungan masa depan.

Pihak Ireland yang merupakan anggota EU mengatakan perdagangan pasca Brexit yang lancar antara ekonomi keenam terbesar di dunia dan blok perdagangan terbesar masih boleh dilakukan dan bahkan lebih penting untuk dilaksanakan. Hal ini kerana impak Covid-19 sudah memberikan kesan yang sangat buruk kepada masyarakat dan ekonomi.

Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan Britain akan meneliti pertemuan di Brussels sebelum memutuskan langkah susulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat