Pasaran Kecoh Angkara Krisis SVB, Apa Jadi Pada USD?

706

Pembukaan dagangan awal minggu melihatkan US dolar merosot rendah apabila pasaran mengurangkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan bertindak agresif di tengah-tengah krisis Silicon Valley Bank (SVB).

Kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan beberapa langkah awal pada hari Isnin, yang mengatakan semua pelanggan SVB akan mempunyai akses kepada deposit mereka bermula hari ini.

Selain itu, pendeposit New York’s Signature Bank yang ditutup oleh pengawal selia kewangan negeri New York, juga akan dibayar sepenuhnya tanpa kerugian kepada pembayar cukai.

Pada masa yang sama, Fed mengumumkan kemudahan pinjaman kecemasan dengan menyediakan pembiayaan tambahan kepada bank-bank yang layak bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan semua pendeposit.

Kejatuhan SVB telah mencetuskan jangkaan bahawa Fed mungkin akan menangguhkan hasrat untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat bulan ini.

Ini disokong oleh bacaan yang bercampur-campur dalam data pekerjaan NFP AS, di mana pertambahan pekerjaan dilihat perlahan pada bulan Februari walaupun lebih baik dari jangkaan.

Ekonomi AS menambah sebanyak 311,000 pekerjaan pada bulan lepas, turun daripada 504,000 yang dicatatkan pada Januari, tetapi melebihi jangkaan untuk kenaikan 224,000.

Sementara kadar pengangguran pula mengejutkan pasaran dengan mencatatkan peningkatan kepada 3.6% daripada 3.4% sebelumnya.

Rentetan itu, US dolar dibuka lebih rendah pada sesi Asia hari ini yang menyaksikan indeks dolar didagangkan sekitar harga 104.30 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Sementara itu, mata wang euro dan pound didagangkan lebih kukuh dengan memanfaatkan penyusutan US dolar.

Meskipun begitu, pasaran kekal berwaspada tentang isu SVB dan menjelang beberapa data utama yang akan dikeluarkan minggu ini, terutamanya laporan inflasi AS.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat