Pasaran Kian Celaru, Ucapan Pembuat Dasar Fed Tidak Membantu!

184
  • Beberapa pembuat dasar Fed beri ucapan pada sesi New York.
  • Reaksi mata wang tidak seperti yang diharapkan

Pasaran mata wang malangnya gagal memberi reaksi ketara setelah mendengarkan kenyataan daripada beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed).

Ini kerana tiada apa yang baharu ditawarkan oleh mereka yang dilihat masih terbuka untuk lebih banyak kenaikan walaupun dengan kebergantungan kepada data sebagai syarat utama.

Meneliti ucapan pada sesi New York, Presiden Fed New York John Williams berkata bank pusat itu masih mempunyai banyak kerja perlu dilakukan untuk mengawal inflasi, selain turut menambah bahawa data akan menentukan laluan kenaikan kadar.

Selain itu, Presiden Fed Chicago Lisa Cook pula mengatakan bahawa bank pusat kekal fokus kepada pemulihan kestabilan harga memandangkan inflasi masih tinggi. Justeru, mereka memerlukan dasar yang ketat untuk beberapa waktu.

Di samping itu, Gabenor Fed Christopher Waller menawarkan kenyataan sama dengan Pengerusi Jerome Powell bahawa kadar faedah boleh meningkat lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada dasarnya, Fed dilihat telah beransur ke arah langkah kurang agresif, namun data pekerjaan NFP baru-baru ini memberi sedikit keselesaan buat bank pusat itu untuk mengekalkan kadar faedah yang tinggi.

Meskipun begitu, US dolar hanya mempamerkan sedikit perubahan susulan kenyataan-kenyataan tersebut, menyaksikannya didagangkan mendatar pada sesi Asia (Khamis).

Dagangan mata wang utama lain turut memberi reaksi sama, dengan euro dan pound kekal diniagakan lemah pada sekitar paras terendah berbanding dolar greenback.

Dolar Aussie mengurangkan sedikit keuntungannya yang diraih daripada komen hawkish Reserve Bank of Australia (RBA) untuk terus melanjutkan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat