Pasaran Kripto Kritikal Tapi IoTeX (IOTX) Kekal Bertahan, Melonjak 293% Sejak Awal November

566

Matawang kripto IoTeX (IOTX) tidak menanggung impak negatif pasaran kripto yang sedang berhadapan dengan pembetulan harga.

Berdasarkan pergerakan IOTX sejak 1 November, aset ini mencatatkan lonjakan lebih 293% sebelum menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.263 pada 13 November.

Prestasi IOTX yang terbaru boleh disimpulkan sebagai peningkatan yang luar biasa bermula awal November selepas tiga kali mencatatkan lonjakan tinggi pada Februari, April dan Ogos 2021.

Apa yang mendorong peningkatan harga IOTX sepanjang bulan ini?

  • IoTeX jalin kerjasama dengan Travala.com dan NOWPayments
  • Penubuhan platform blockchain yang menfokuskan kepada privasi untuk Internet of Things
    • Kemaskini terbaharu dijangka mengutamakan kepada kepercayaan desentralisasi untuk kerjasama baharu dan pertukaran maklumat sesama peranti, orang awam, dan aplikasi.
  • Pengumuman Chainlink yang mahu integrasikan IoTeX dengan oracle-nya
  • Kadar jumlah pengguna yang menyertai platform tersebut menyaksikan peningkatan dengan rekod 28 hari mencatatkan lonjakan sehingga 4,608% pengguna aktif IoTeX

Ketika penulisan, IOTX didagangkan pada nilai $0.209 susut hampir 2% dalam 24 jam.

Walaupun mencatatkan sedikit penyusutan harga, aset ini masih bullish dan tidak mustahil akan merekodkan ATH yang terbaru. Namun IOTX berpotensi untuk retrace ke paras rendah $0.2 ketika pelabur mula menjual pegangan mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat