Pasaran Kripto ‘Terhantuk’! Biden Rasmi Ketatkan Undang-Undang Untuk Broker

3,121

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah meluluskan rang undang-undang bipartisan bernilai $1.2 trilion dalam sebuah majlis di White House.

Difahamkan rang undang-undang tersebut bukan sahaja menfokuskan kepada pemulihan infrastruktur awam, tetapi turut melibatkan peningkatan undang-undang terhadap perniagaan matawang kripto dan broker wajib melaporkan cukai kripto dan keperluan lain berkaitannya.

Misalnya transaksi kripto yang bernilai lebih $10,000 perlu dilaporkan kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dengan kemukakan borang 1099-B.

Prosedur ini mendedahkan keuntungan ‘tersembunyi’ pelabur melalui aktiviti pelaburan yang lebih telus dan diawasi oleh pihak berkuasa.

Sebenarnya usaha ini telah digiatkan sejak Ogos, di mana ketika itu Senator Ron Wyden, Patrick J. Toomey dan Cynthia Lummis mencadangkan pindaan terhadap rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, idea mereka tidak menerima kelulusan dan ada campur tangan daripada senator lain: Mark Warner dan Rob Portman.

Mungkin keputusan presiden AS itu memberi gambaran masa depan negara yang lebih baik tetapi Senator Pat Toomey sebaliknya melontarkan kritikan, menganggap undang-undang tersebut menelan perbelanjaan yang tinggi, terlalu besar, dan merisikokan ekonomi inovatif matawang kripto.

Beliau juga meramalkan keperluan melaporkan cukai kripto tidak akan membuahkan hasil.

Ketika penulisan, pasaran kripto mencatatkan gelora yang membimbangkan. Bitcoin (BTC) didagangkan pada $61,968.56, susut lebih 5% dalam 24 jam. Prestasi raja kripto itu turut mengheret pasaran altcoins ke paras yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat