Pasaran Kripto Resah, Beberapa Data Penting Minggu Ini Diberi Tumpuan!

570

“Korang kena berhati-hati tau. Minggu ni macam-macam ada, data ekonomi la halving la.”

Seluruh pasaran mata wang kripto sedang bersiap sedia bagi minggu paling dinanti-nantikan untuk acara halving Bitcoin (BTC), tetapi semua mata juga tidak sabar menunggu data Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) yang ditetapkan menjelaskan arah aliran inflasi.

Di tengah-tengah kebimbangan semakin meningkat mengenai kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed), penunjuk daripada pengeluaran data itu memegang pengaruh besar terhadap sentimen pasaran dan penilaian kripto.

Bukan itu sahaja , minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bagi Mac 2024 dan keluaran Belanjawan Persekutuan AS juga ditetapkan untuk memberikan pandangan penting yang akan diawasi secara teliti oleh peserta pasaran kripto.

Sungguhpun terdapat penurunan dalam kadar pengangguran pada 3.8% dan lonjakan 0.3% dalam gaji setiap jam, kebimbangan terhadap pendirian hawkish Fed dalam pasaran kripto tetap tercetus susulan data pekerjaan yang kukuh mungkin menangguhkan pemotongan kadar faedah dijangkakan.

Selain pengeluaran data penting, ucapan daripada pelbagai pegawai Fed seperti Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic dan Presiden Fed San Francisco Marry Daly juga dapat menjadi penunjuk penting dalam menentukan sama ada pemotongan kadar faedah akan berlaku atau tidak.

Memang tidak dinafikan keyakinan tentang potensi kenaikan harga BTC telah timbul, tetapi perlu diketahui terdapat kebimbangan berterusan berhubung turun naik jangka pendek yang akan berlaku selepas post-halving.

Semasa pakar sedang mempertimbangkan hasil yang berpotensi, komuniti kripto bukan sahaja kekal dalam keadaan berjaga-jaga malah memantau perkembangan yang boleh membentuk trajektori masa depan aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat