Pasaran Kucar Kacir? Pengunduran Abe Menekan Matawang US Dolar Untuk Mengukuh!

705

Matawang yen melonjak naik manakalah pasaran saham menunjukkan kemerosotan pada hari Jumaat selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan meletakkan jawatan berikutan masalah kesihatan yang dialami beliau bertambah buruk.

Matawang yen dianggap sebagai safe-haven dan sering di beli semasa ketidakpastian mengukuh sebanyak 1.2% kepada paras bacaan 105.33 berbanding US dolar.

Sebahagian para penganalisis berpendapat bahawa lonjakan matawang itu adalah disebabkan ketidakpastian politik yang menyebabkan pelabur Jepun meningkatkan pegangan terhadap yen. Penganalisis berpendapat pengganti Abe berkemungkinan tidak akan mengubah dasar ekonomi secara ketara kerana negara tersebut sedang dihimpit kekhuatiran terhadap deflasi dan ingin meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Hari ini pasaran saham sedikit kucar kacir kerana para pelabur masih mencerna perubahan dasar yang diambil oleh the Fed dan Bank Pusat pula memberi penekanan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan tidak begitu khuatir jika inflasi melonjak naik kepada tahap yang tinggi.

Disisi lain, pada hari ini dilaporkan perbelanjaan pengguna A.S meningkat melebihi jangkaan pada bulan Julai. Data ini membawa indikasi bahawa pertumbuhan ekonomi semakin pantas dalam suku ketiga. Dalam masa yang sama, Jabatan Perdagangan melaporkan bahawa pendapat peribadi juga meningkat selepas 2 bulan secara berturut-turut merosot.

Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak dapat mendorong kepada pengukuhan US dolar. Dolar greenback menjunam 0.6% pada 92.435 berbanding sekumpulan matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat