Pasaran Makin Tak Menentu Penghujung Minggu? Ini Pelabur Perlu Ambil Perhatian

252

Raja mata wang US dolar masih menunjukkan pergerakan yang bercampur menuju ke penghujung minggu ini, namun menunjukkan penyusutan nilai masih diteruskan pada penutup sesi New York semalam.

Beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) masih berpandangan langkah pengetatan polisi oleh bank pusat masih lagi belum berakhir.

Namun, tinjauan pakar-pakar ekonomi di Reuters mencadangkan bahawa Fed berkemungkinan besar akan memperlahankan pengetatan dasar dengan jangkaan kenaikan kadar faedah serendah 25 mata asas untuk mesyuarat awal Februari nanti.

Ini disusuli oleh kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan penurunan berterusan 6 bulan berturut-turut dan pasaran buruh juga sedikit suram.

Perkembangan di Eropah, ahli bank pusat Klaas Knot menyatakan bahawa pasaran memandang rendah komitmen terhadap langkah untuk menurunkan harga.

Sementara Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde menyatakan bank pusat akan masih kekal berada pada landasan pengetatan dasar monetari.

Berjaga-jaga terhadap situasi pasaran, pelabur memantau perubahan pada sentimen pasaran yang agak berisiko berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global selepas petanda awal daripada data-data ekonomi AS diterbitkan.

Justeru, mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand didagangkan suram di penghujung minggu ini.

Dolar Aussie ditambah tekanan oleh terbitan laporan data pekerjaan Australia di sesi Asia semalam dengan bacaan untuk bulan Disember lalu.

Sementara mata wang safe-haven seperti Yen dan US dolar berpotensi untuk catat peningkatan, namun situasi berdasarkan dasar bank pusat masing-masing sedikit merencatkan peluang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat