Pasaran Minyak Bergelora, USD/CAD Susut Ke Paras Terendah 4 Bulan

286

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD bergerak mendatar menuju penghujung minggu yang dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah global.

Pergerakan harga minyak mentah tak menentu pada dagangan Jumaat menjelang mesyuarat melibatkan negara-negara yang bakal membincangkan pelepasan baru bagi rizab minyak kecemasan bersama-sama pengeluaran besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS).

Ekoran faktor gangguan bekalan dari Rusia, Presiden AS Joe Biden pada Khamis telah pun mengumumkan pengeluaran 1 juta tong sehari untuk tempoh 6 bulan bermula Mei.

Masih lagi belum jelas untuk menilai kestabilan pasaran minyak semasa membuatkan dolar Kanada juga turut terkesan, mencar-cari arah dalam pasaran.

Harga berlegar di sekitar paras 1.25000 selepas paras terendah dicecah minggu ini sekitar 1.24300 pada Rabu lalu, sedikit melepasi zon support pada dagangan Januari lalu sekaligus harga mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Namun pergerakan harga dilihat mendatar menuju penghujung minggu dan terdapat petunjuk awal untuk perubahan trend bullish selepas harga bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Pelabur dijangka menantikan laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York untuk menentukan pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya lonjakan jelas harga memberi isyarat untuk membuat kenaikan semula, rintangan awal yang dilihat bakal diuji adalah pada zon 1.26000.

Dan kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut seterusnya boleh mencapai ke paras sekitar zon 1.26700 atau pada 1.27700.

Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah melepasi paras terendah minggu ini, paras support 1.24000 dilihat akan menjadi sasaran untuk diuji.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras 1.23000 untuk menguji zon sokongan Oktober 2021 yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat