Pasaran Minyak Mentah Kekal Bahaya, Konflik Perang Makin Menjadi-jadi!

405

Harga minyak meningkat sedikit pada Isnin selepas pulih daripada kejatuhan mendadak pada minggu lepas.

Pasaran minyak mentah terus bergolak selepas AS berjanji untuk melancarkan serangan lanjut ke atas kumpulan Houthi yang disokong Iran di Timur Tengah dan serangan dron Ukraine ke atas kilang penapisan minyak terbesar di selatan Rusia.

Minyak mentah Brent naik 36 sen (0.5%) kepada $77.69 per tong dan West Texas Intermediate (WTI) pula naik 25 sen (0.4%) kepada $72.53 per tong.

Kedua-dua penanda aras itu turun kira-kira 7% sepanjang minggu lepas. Semasa data pekerjaan AS diterbitkan pada Jumaat lepas yang lebih kukuh daripada jangkaan pasaran, harga minyak bagi keduanya merosot sebanyak 2%.

Selain itu, jangkaan pemotongan kadar faedah di AS dan konflik perang antara Israel-Hamas kekal konsisten sepanjang minggu menjadi punca utama naik turun harga.

Kini, para pelabur kekal berhati-hati dengan sebarang peningkatan dalam konflik Timur Tengah selepas AS memberi isyarat serangan balas ke atas kumpulan Hezbollah di Jordan.

Mereka juga masih bertahan dalam meneruskan kempen menentang kumpulan Houthi di Yaman dengan dilaporkan 36 serangan pada Sabtu lepas disebabkan oleh sekatan kapal-kapal komersial yang berlayar di Laut Merah.

Minggu lepas, Jabatan Kehakiman AS mengumumkan sekatan di atas pertuduhan mengelak dan rampasan yang dikaitkan dengan rangkaian penyeludupan minyak yang dikatakan membiayai Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.

Mereka merampas lebih 520,000 tong minyak milik Iran di atas kapal tangki mentah Abyss yang dalam perjalanan ke China.

Selain itu, Iran menyasarkan jualan minyak sebanyak 1.35 juta tong sehari bermula Mac nanti. Ia merupakan 1.3% daripada bekalan minyak mentah global iaitu 103.5 juta tong sehari berdasarkan data oleh Agensi Tenaga Antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat