Pasaran Minyak Mentah Kekal Rugi, Data EIA Jadi Petunjuk Lanjut

73

Harga minyak susut pada Khamis selepas aktiviti ekonomi AS yang berdaya tahan menunjukkan kos pinjaman akan kekal tinggi lebih lama dan ini akan memburukkan kadar permintaan bekalan.

Menjelang data stok minyak mentah AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini, minyak mentah Brent susut 26 sen (0.3%) kepada %83.34 per tong. Manakala, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun 23 sen (0.3%) kepada $79.00 per tong.

Kedua-dua penanda aras itu menuju ke arah kerugian bulanan dengan Brent turun sebanyak 5% dan WTI turun 3% sejak bulan lepas.

Menurut Pakar Strategi Pasaran IG, Yeao Jun Rong berkata persekitaran pengurangan risiko yang lebih luas telah mencerminkan beberapa tekanan harga minyak dan ini akan mengatasi pengeluaran besar-besaran daripada jangkaan dalam inventori minyak mentah AS.

Institusi Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah dan petrol AS jatuh minggu lepas dan aktiviti penyulingan meningkat.

Data menunjukkan stok minyak mentah turun sebanyak 6.49 juta tong pada penghujung Mei. Inventori petrol turun sebanyak 452,000 tong dan penyulingan naik sebanyak 2,045 juta tong.

Penganalisis mengunjurkan firma tenaga AS akan mengeluarkan 1.9 juta tong minyak mentah daripada simpanan, menyimpan 0.4 juta tong sulingan dan 1 juta tong petrol.

Peserta pasaran kini menantikan data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS yang akan diterbitkan pada lewat hari Khamis ini.

Inventori minyak global yang meningkat sehingga April lalu disebabkan oleh permintaan bahan api yang lemah dan ini akan mengukuhkan lagi penetapan oleh pengeluar OPEC+ termasuk Rusia yang ingin mengekalkan pemotongan bekalan menjelang mesyuarat 2 Jun nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat