Pasaran Minyak Mentah Kembali Mendapat Momentum

68

Minyak mentah dunia melonjak minggu lalu selepas ahli-ahli OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari ke paras keseluruhan 32.5 juta tong sehari. Walaupun begitu, harga minyak mula tertekan disebabkan rekod tertinggi pengeluaran yang dicatatkan oleh OPEC beberapa hari lepas.

Harga minyak mentah jatuh dari paras tertinggi yang dicatatkan 16 bulan lepas beberapa hari yang lalu dan ramai penganalisis mempersoalkan perjanjian pemotongan berikutan rekod pengeluaran tertinggi dicatatkan.

Pada Khamis harga mendapat momentum semula disebabkan jangkaan pedagang-pedagang minyak mentah kepada pemotongan pengeluaran oleh ahli bukan-OPEC dalam mesyuarat hujung minggu ini. Rusia baru-baru ini mengumumkan akan memotong sebanyak 300,000 tong sehari, dimana ahli bukan-OPEC yang lain akan mengurangkan 600,000 tong.

Bercakap dalam konferens di New York, bekas Setiausaha Tinggi OPEC Abdalla El-Badri mengatakan, “pemotongan 600,000 dari ahli bukan-OPEC adalah satu kemestian”.

Pada masa artikel ini ditulis, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) berada di paras $51.28 setong melonjak dari paras terendah semalam $49.63. Manakala, Brent-oil berada di paras $54.12 setong dari $52.81.

Tambahan lagi, penyusutan dalam jumlah inventori minyak mentah US juga telah memberi sokongan kepada harga minyak mentah, tetapi penganalisis mengatakan pengeluaran US akan membunuh perjanjian yang dibuat OPEC.

Walaubagaimanapun, minyak mentah dunia akan mendapat sokongan dari perjanjian pemotongan yang telah dibuat dalam jangka masa pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat