Laporan terbaru ringkasan komen dari Federal Reserve terhadap keadaan semasa ekonomi (Beige Book) telah dikumpulkan oleh The Fed cawangan Philadelphia. Menurut tinjauan, ekonomi secara keseluruhan berkembang pada kadar sederhana pada tempoh sehingga akhir Mei.
Sektor pembuatan juga terus berkembang pada kadar sederhana dan terdapat pertumbuhan yang berterusan di kebanyakan sektor perkhidmatan bukan-kewangan.
Dalam komponen perbelanjaan pengguna, ia didapati perlahan di kebanyakan sektor di mana jualan automobil juga perlahan.
Pasaran buruh semakin baik dengan beberapa wilayah menunjukkan kekurangan pekerja di dalam pasaran. Kebanyakan wilayah melaporkan pekerjaan terus bertambah pada kadar sederhana.
Namun trend pertumbuhan kadar gaji sedikit perlahan.
Tekanan harga sedikit berubah berbanding sebelum ini dengan beberapa wilayah melaporkan kejatuhan harga beberapa barang akhir termasuk automobil.
The Fed kekal yakin dengan pasaran pekerjaan US, khususnya dengan tuntutan pengangguran di paras terendah. Namun, bank pusat kurang yakin dengan tren inflasi khususnya selepas laporan data-data yang perlahan. Tiada bukti yang signifikan kenaikan pantas dalam pertumbuhan kadar gaji.
Walaupun pasaran pekerjaan semakin baik, Beige Book ini secara keseluruhan tidak akan menunjukkan jangkaan yang tinggi kepada inflasi berikutan harga yang perlahan dalam barangan akhir. Tinjauan ini akan mengekalkan jangkaan bahawa The Fed akan menghentikan sementara kenaikan kadar selepas Jun jika kadar dinaikkan.