Pasaran Saham Asia Bermula Perlahan, Laporan Pekerjaan AS Diteliti

159

Pasaran saham Asia memulakan dagangan minggu ini dengan penuh berhati-hati ekoran jangkaan lebih banyak sekatan dikenakan terhadap Rusia sementara pasaran bon terus berisiko buat ekonomi Amerika Syarikat (AS) apabila hasil jangka pendek melonjak.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia-Pasifik luar Jepun turun 0.1% sementara Nikkei Jepun kekal.

Niaga hadapan S&P500 hilang 0.2% dan niaga hadapan Nasdaq Composite berada pada 0.3%.

Perkhabaran dari Jerman melibatkan rundingan damai Rusia-Ukraine yang berlarutan melaporkan kemungkinan bahawa pihak Barat bersetuju mengenakan lebih banyak sekatan dalam hari mendatang.

Sementara itu, data inflasi minggu lalu menunjukkan kenaikan mendadak di Eropah seterusnya meningkatkan lagi tekanan ke atas Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekang harga walaupun petumbuhan bergerak lembab.

Nota penganalisis ANZ memberi amaran bahawa sudah tiba masa ECB bertindak dan sepatutnya ia bertindak lebih awal untuk memansuhkan program pelonggaran kuantitatif (QE) disebalik kenaikan kadar.

Dalam pada itu, laporan pekerjaan NFP bulan Mac yang dikeluarkan pada Jumaat kelihatan baik, seterusnya membolehkan Federal Reserve (Fed) membuat lebih banyak kenaikan kadar bagi membendung inflasi.

Selain itu, laporan pekerjaan yang dikeluarkan juga menyaksikan kadar pengambilan pekerja meningkat walaupun tidak setanding pacuan kenaikan kadar inflasi.

Menurut laporan tersebut, majikan AS menambah 431,000 pekerjaan pada Mac, sedikit daripada anggaran 490,000 namun masih menunjukkan peningkatan pekerjaan yang baik.

Bagi kadar pengangguran pula ia turun 3.6% ke paras terendah 2 tahun manakala purata pendapatan setiap jam meningkat 5.6% pada asas tahun ke tahun.

Brian Jacobson, ahli strategi pelaburan kanan Allspring Global Investments Wisconsin, menyatakan dengan lebih ramai orang kembali ke pejabat, lebih tinggi pendapatan kerja.

Tambahnya lagi, andai data lain dan mesyuarat Fed yang seterusnya kekal cerah, maka berkemungkinan besar bank pusat itu akan menaikkan 50 mata asas dan mengumumkan senarai agresif kunci kira-kiranya.

Seperkara lagi, para pelabur dilihat menjauhi perbendaharaan jangka pendek sehingga menyonsangkan keluk hasil kerana pasaran menetapkan harga dalam risiko pengetatan yang akhirnya membawa kepada kemelesetan.

Pagi Isnin memperlihatkan hasil 2 tahun naik ke paras tertinggi 3 tahun sebanyak 2.49% dan jauh melangkaui 10 tahun pada 2.410%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat