Pasaran Saham Catat Pembukaan Tahun 2024 Yang Suram? Ini Rincian Perlu Diketahui ‘Trader’

590

Indeks saham hadapan AS merosot pada hari Selasa, membawa nada suram untuk hari perdagangan pertama tahun 2024, dengan saham Apple jatuh.  Para pelabur pula kembali mengatur strategi berdasarkan  pasaran tahun lalu.

Tiga indeks saham utama AS mencatat kenaikan bulanan, 3bulan berturut-turut dan tahunan pada hari Jumat lepas ditengah para pedagang menilai peluang lebih tinggi akan pengurangan kadar faedah oleh Federal Reserve pada tahun ini berdasarkan penurunan inflasi.

Untuk tahun 2023, ketiga-tiga indeks saham utama encatatkan kenaikan dua digit. S&P 500 ditutup pada hari Jumat dengan 1% daripada rekod penutupan tertinggi yang dicapai pada 3 Januari 2022. Waima begitu pembukaan tahun ini dilihat suram dengan saham indeks saham hadapan pada hari Selasa, dengan hasil bon Amerika 10 tahun, naik di atas 4.0% ke paras tertinggi dua minggu sebelumnya, sebelum kembali turun menjadi 3.9594%.

Saham  seperti Nvidia, Tesla , dan Alphabet turun antara 0.7% dan 1.1% dalam perdagangan pra-pasaran. Apple pula jatuh 1.8% setelah Barclays menurunkan penarafan  menjadi “underweight”.

Setelah tahun 2023 yang luar biasa, didorong oleh sifat optimisk pasaran berkaitan kecerdasan buatan dan tingkat kadar faedah yang stabil, data inflasi lebih lanjut dan pemilihan presiden yang kian hampir akan menjadi sentimen yang menentukan hala tuju.

Pemain pasaran menantikan minit mesyuarat para penggubal pasaran dari Fed, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada hari Khamis waktu Malaysia. Ia diperlukan bagi mendapatkan indikasi mengenai pengurangan kadar faedah.

Para pelabur melihat kebarangkalian  hampir 90% the Fed akan mengekalkan kadar faedah dalam pertemuan  bulan Januari, dan peluang sekitar 82% untuk pengurangan minimum 25 mata asas pada bulan Mac berdasarkan alat FedWatch dari CME Group.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat