Pasaran Saham Global Menunjukkan Tanda-Tanda Pulih! ‘Trader’ Boleh Menarik Nafas Lega?

393

Indeks utama Wall Street dijangka untuk dibuka pada paras yang stabil pada hari Jumaat apabila kebimbangan awal mengenai peningkatan konflik di Timur Tengah mereda, sementara saham Netflix jatuh selepas meramalkan pendapatan suku yang terkini di bawah anggaran.

Setakat ini laporan menunjukkan bahawa tiada serangan balas daripada Iran rentetan letupan yang berlaku pada Jumaat di Iran. Menurut Peter Cardillo, pakar ekonomi pasaran utama di Spartan Capital Securities mengatakan bahawa pasaran berasa lega dalam menanggapi perkara ini.

“Sejauh yang berkenaan dengan konflik, itu selalu menjadi faktor kebimbangan bagi pasaran. Pendapatan lebih merupakan aspek fundamental daripada kebimbangan geopolitik.”

Saham Netflix merosot 6.4% dalam dagangan pra-pasaran berikutan ramalan suku kedua Netflix itu  kurang memberangsangkan. Saham pembekal perkhidmatan video atas talian lain seperti Walt Disney dan Roku jatuh 0.7% dan 1.2% masing-masing.

S&P 500 dan Nasdaq ditutup lebih rendah untuk sesi kelima berturut-turut pada hari Khamis, kerana data ekonomi dan ulasan daripada pegawai Fed menunjukkan bahawa bank pusat AS mungkin tidak akan mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Para pengubal Federal Reserve telah bersepakat untuk mengekalkan kos pinjaman di pasaran sekarang dan ianya mungkin berlanjutan sehingga pertengahan tahun. Hal ini adalah berikutan kemajuan inflasi yang perlahan dan berliku-liku, dan ekonomi AS yang masih kukuh.

Pasaran saham terumbang ambing pada minggu ini apabila pelabur menyesuaikan semula jangkaan mereka mengenai seberapa banyak Fed akan mengurangkan kadar faedah tahun ini, dengan kedua-dua S&P 500 dan Dow sendang dalam fasa untuk penurunan mingguan ketiga mereka, sementara Nasdaq dalam jangkaan kerugian mingguan keempat berturut-turut, jika trend semasa berterusan.

Pasaran wang sekarang menilai kira-kira 39 mata asas (bps) potongan daripada bank pusat tahun ini, turun daripada kira-kira 150 bps yang dilihat pada awal tahun 2024, berdasarkan data LSEG. Saham AS mengalami aliran keluar sebanyak $4.1 bilion dalam minggu terkini, menurut laporan mingguan ‘Flow Show’ Bank of America, aliran keluar dua minggu terbesar mereka sejak Disember 2022.

Indeks Ketakstabilan CBOE, juga dikenali sebagai “petunjuk ketakutan” Wall Street, naik 0.61 mata pada 18.61 selepas melanggar paras penting secara psikologi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat