Pasaran Saham Hadapan Bergelora Menjelang Data NFP! Apa Yang Sedang Berlaku?

497

Pasaran saham dagangan masa hadapan menunjukkan indeks Dow Jones dan S&P 500 catat prestasi yang suram pada hari Khamis  menjelang data NFP yang dijangka akan keluar pada keesokan hari. Sementara futures Nasdaq kekal kukuh yang didorong oleh kenaikan saham Google.

Laporan yang menunjukkan gaji swasta yang lemah dan kekosongan pekerjaan minggu ini telah mengukuhkan jangkaan bahawa kadar kenaikan kadar yang pantas oleh Federal Reserve sedang memperlahankan ekonomi, dengan kemungkinan yang membolehkan bank pusat untuk melonggarkan dasar monetari pada tahun depan.

Para trader kebanyakkan menetapkan kemungkinan Fed untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah dalam mesyuaratnya minggu hadapan, dengan 61% menyatakan kebarangkanlian untuk pengurangan kadar seawal Mac 2024, berdasarkan alat FedWatch Kumpulan CME.

Walau bagaimanapun, beberapa penganalisis telah memberi amaran bahawa pasaran terlalu optimis terhadap pengurangan kadar dan juga mengatakan laporan pekerjaan yang akan datang akan menjadi tumpuan penting yang akan untuk menentukan sama ada Fed berjaya mengelakkan kemelesetan ekonomi atau tidak.

Laporan Jabatan Buruh dijangka akan menunjukkan pekerjaan bukan pertanian meningkat sebanyak 180,000 pekerjaan bulan lalu selepas meningkat sebanyak 150,000 pada Oktober.

Laporan lain yang dijangka akan menunjukkan tuntutan pekerjaan awal meningkat kepada 222,000 untuk minggu yang berakhir pada 2 Disember, berbanding dengan 218,000 pada minggu sebelumnya.Disisi lain, ulasan daripada Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda, menambah kepada spekulasi yang semakin meningkat bahawa bank pusat mungkin akan segera berubah dari dasar monetari ultra-mudahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat