Pasaran Sedikit Lega, Lagarde Tampil Beri Kejelasan Terkini Mengenai Inflasi!

377

Tekanan inflasi di Zon Eropah dilihat sedang reda namun  pertumbuhan upah masih kuat, atas dasar itu dapat dikatakan bahawa usaha Bank Pusat Eropah untuk mengawal pertumbuhan harga masih belum selesai, kata Presiden ECB Christine Lagarde pada hari Isnin.

Tambah beliau “ini bukanlah masa untuk mula menyatakan kelegaan,” kata Lagarde kepada mesyuarat ahli Parlimen EU di Brussels. “Kita perlu tetap peka terhadap berbagai kekuatan yang mempengaruhi inflasi dan memberi tumpuan pada mandat kita untuk kestabilan harga.”

Lagarde turut menyatakan bahawa beliau menjangkakan penurunan tekanan inflasi akan berterusan tetapi inflasi keseluruhan mungkin naik sedikit lagi dalam bulan-bulan akan datang dan prospek jangka sederhana diliputi oleh “ketidakpastian”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat