Pasaran Sudah Pulih? Ini Perkara Trader Perlu Tahu Pada Awal Minggu!

873

Pembukaan dagangan awal minggu menyaksikan pasaran kembali tenang dari kebimbangan mengenai varian baru Covid-19, yang kini dikenali sebagai Omicron.

Bagaimanapun, penganalisis memberi amaran tentang lebih banyak volatiliti akan datang dalam pasaran susulan risiko terbaru itu.

Mata wang safe-haven yen, yang mendapat manfaat terbesar dengan kenaikan 2% pada minggu lalu, merosot hampir 0.4% berbanding dolar greenback pada sesi Asia hari ini.

Omicron yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan, telah mendorong negara-negara di seluruh dunia dengan pantas mengetatkan kawalan sempadan pada hari Jumaat, kerana ia dipercayai ‘kebal’ daripada vaksin sedia ada.

Varian tersebut mempunyai bilangan mutasi yang sangat tinggi, dengan lebih daripada 30 dalam spike protein utama, iaitu struktur digunakan virus untuk masuk ke dalam sel yang diserang.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar diniagakan lebih tinggi pada 96.25, menguat di sekitar paras ketinggian 16 bulan.

Sementara itu, mata wang euro mula beransur-ansur berundur dari keuntungan yang dicatatkan pada akhir minggu lalu susulan penyusutan US dolar yang disebabkan pengambilan untung oleh pasaran dan kemerosotan hasil bon AS 10 tahun.

Keyakinan untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar dengan kenaikan kadar faedah lebih cepat, mata wang greenback terus mengukuh walaupun sedikit terkesan dengan kebimbangan pasaran terhadap varian Omicron akan bantutkan pertumbuhan AS.

Tumpuan kini disasarkan kepada data pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat minggu ini, yang akan menjadi penggerak kepada USD seterusnya.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi kembali stabil setelah menjunam ke paras terendah hampir tiga bulan disebabkan kekhuatiran terhadap varian baharu tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat