Pasaran Terus Berduka! Jualan Runcit AS Kini Jadi Tumpuan

589

Sentimen berisiko terus menghiasi pasaran pada sesi Eropah dengan menyokong dagangan US dolar untuk meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama, tetapi susut berbanding safe-haven lain.

Kes coronavirus terus menunjukkan peningkatan di Amerika Syarikat dan meningkatkan kebimbangan pasaran bahawa ia akan membebankan pemulihan. Namun, matawang gergasi itu tetap meraih sokongan sebagai safe-haven.

Berbanding yen, dolar greenback terus diniagakan lemah mengikuti penurunan yang dipamerkan hasil bon AS 10 tahun, selain turut disokong oleh permintaan safe-haven yang meningkat di tengah sentimen berisiko.

Matawang antipodean adalah antara yang teruk terjejas akibat Covid-19. Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) mendedahkan bahawa mereka bersedia untuk bertindak susulan ketidakpastian terhadap ekonomi berikutan langkah penutupan coronavirus.

Selain itu, dolar kiwi menjunam lebih 1% setelah satu kes coronavirus di Auckland mendorong kerajaan untuk melaksanakan penutupan selama tiga hari di seluruh negara dan tujuh hari di bandar itu.

Berita ini telah membuatkan pelabur bimbang dengan keputusan mesyuarat polisi RBNZ pada hari esok, yang mana ia pada mulanya dijangka akan mula menaikkan kadar faedah.

Matawang pound turut merosot lebih rendah walaupun setelah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan yang optimis, berikutan dagangan US dolar yang kuat. Kadar pengangguran UK jatuh kepada 4.7% pada bulan Jun.

Euro pula didagangkan stabil ketika US dolar mencatatkan kenaikan, dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada penerbitan data jualan runcit AS pada malam ini yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat