Pasaran Wall Street Buat ‘Comeback’ Selepas Parah Pada Awal Sesi NY

270

Pasaran Wall Street melihatkan saham-saham utamanya berada di kawasan positif selepas mengharungi kerugian pada awal sesi, dengan ketidaktentuan terhadap ketegangan geopolitik dan dasar Federal Reserve (Fed) yang memberi kesan kepada penurunan harga minyak dan mendorong permintaan aset selamat (safe-haven).

Indeks utama, Dow Jones Industrial menyaksikan kenaikan 0.29% selepas jatuh lebih 1,000 mata pada awal sesi New York, sementara S&P 500 bertambah 0.28% dan Nasdaq Composite mencanak 0.63%.

Indeks MSCI seluruh dunia yang menjejaki saham 45 negara lain menurun 0.78%.

Menurut nota yang dikeluarkan oleh penganalisis JPMorgan, keuntungan yang dicatat pada lewat sesi dagangan Wall Street menandakan pemulihan yang mengejutkan bagi saham Amerika Syarikat (AS) yang mencatat penurunan teruk pada minggu lepas sejak 2020.

Tambahnya lagi, penurunan tersebut secara tidak langsung beri peluang kepada pelabur untuk mendapatkan saham pada harga yang rendah dan membantu memacunya kembali meningkat pada penghujung sesi.

Dalam pada itu, pelabur sedang memberi tumpuan kepada Federal Reserve (Fed) yang akan memulakan mesyuarat selama 2 hari dan para pegawai Fed dilihat bersedia untuk menarik semula rangsangan yang belum pernah dibuat sebelum ini serta memulakan kenaikan kadar.

Ujar Megan Horneman, pengarah strategi portfolio Verdence Capital Advisors, pelabur sudah mulai lali dan menerima realiti berkenaan dasar monetari mudah Fed.

Ekoran itu, hasil perbendaharaan mencatat penurunan dengan penanda aras hasil 10 tahun kekal pada 1.75%.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang lain naik 0.26%.

Selain itu, pasaran turut bergolak dengan krisis Rusia-Ukraine apabila NATO menyatakan akan menempatkan pasukan tenteta di timur Eropah selain Jabatan Negara AS telah mengarahkan ahli keluarga diplomat untuk meninggalkan Ukraine.

Harga spot emas naik 0.55% pada $1,843.26 per auns.

Harga minyak mentah Brent turun $1.62 atau 1.8% pada $86.27 setong sementara harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS susut 2.2% atau $1.83 pada $83.31.

Bitcoin mencatat penurunan terendah 6 bulan namun tetap memperlihat sedikit kenaikan pada $36,921.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat