Pasca Brexit : Abe Sediakan 15 Halaman Bercetak, Luah Kebimbangan Terhadap Pelaburan Jepun di Britain!

33

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberitahu Theresa May bahawa syarikat-syarikat dari negara matahari terbit itu memerlukan lebih banyak jaminan mengenai masa depan pelaburan mereka di sana.

Kedua-dua pemimpin bertemu secara ringkas pada Isnin di sidang kemuncak G-20 di Hangzhou, China. Abe memberitahu May bahawa amat penting untuk Jepun mengetahui hala tuju pelaburan mereka disana yang sebahagiannya bergantung kepada akses Britain kepada pasaran tunggal EU.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Britain itu mengakui bahawa hasil referendum UK untuk meninggalkan EU meninggalkan kesan kepada syarikat-syarikat antarabangsa yang bertapak di negara itu, termasuk Jepun. Beliau juga melahirkan harapan untuk terus mengukuhkan hubungan ekonomi antara Jepun dan UK.

Persidangan tersebut merupakan sidang kemuncak antarabangsa pertama yang dihadiri oleh May sejak David Cameron meletakkan jawatan. Barack Obama mengulangi pendapatnya pada Ahad bahawa tindakan UK meninggalkan EU adalah satu kesilapan.

Dalam masa yang sama, kerajaan Jepun telah menyediakan 15 halaman bertulis kepada UK mengenai ancaman yang bakal dihadapi oleh syarikat-syarikat milik negara terbabit jika syarat untuk UK keluar dari EU adalah terlalu sukar.

Pada Mei lalu, Abe merupakan salah seorang pemimpin dunia yang menggesa Britain untuk kekal bersama-sama EU. Pembuat kereta Nissan, Honda dan Toyota itu mempunyai lebih 1,300 syarikat Jepun dan menggaji lebih 140,000 pekerja di Britain. Berakhir tahun 2014, Jepun ,mempunyai pelaburan di UK yang bernilai 38 billion pound ($51 billion).

‘Gambar Keluarga’ Dari Persidangan G-20 Ini Menggambarkan Ketegangan dan Masalah Yang Dihadapi Oleh Pemimpin-Pemimpin Paling Berkuasa Di Dunia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat