‘Gambar Keluarga’ Dari Persidangan G-20 Ini Menggambarkan Ketegangan dan Masalah Yang Dihadapi Oleh Pemimpin-Pemimpin Paling Berkuasa Di Dunia

99
Persidangan G-20 di China. Sumber : Bloomberg
Persidangan G-20 di China. Sumber : Bloomberg

Bahasa tubuh boleh bercakap mengenai jumlah ketegangan dan masalah yang dihadapi oleh pemimpin yang paling berkuasa di dunia.

Gambar diatas menunjukkan para pemimpin ekonomi terbesar dunia berkumpul bagi “gambar keluarga” dalam sidang kemuncak G-20 di Hangzhou, China. Jarang sekali pemimpin paling berkuasa dunia ini berkumpul di satu tempat yang sama. Dalam masa yang sama, peluang ini digunakan untuk menilai body language pemimpin-pemimpin yang hadir yang dikatakan berdepan dengan pelbagai masalah dan isu di seluruh dunia.

Sebagai tuan rumah, Presiden China, Xi Jinping menjadi tumpuan apabila dan diapit oleh Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan Angela Merkel dari Jerman yang bakal menjadi tuan rumah bagi G-20 bagi tahun 2017.

  1. Xi Jinping

Presiden China ini menjadi tumpuan apabila menjadi hos bagi G-20. Negara itu sedang bergelut dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, peningkatan kadar hutang dan tekanan dengan negara jiran di seluruh Asia.

  1. Barack Obama

Kedatangan Presiden AS itu ke persidangan terbabit dicemari dengan sedikit isu keselamatan delegasi dari AS dengan pihak keselamatan China. Pun begitu, Obama menghadiri G-20 terakhirnya sebelum meninggalkan jawatan beliau pada Januari dan memandang ringan isu terbabit dan menggambarkan pertemuan dengan Xi sebagai luar biasa produktif.

  1. Recep Tayyip Erdogan

Presiden Turki ini menghadiri persidangan ini seminggu selepas kegagalan rampasan kuasa yang berlaku di negara terbabit.

  1. Theresa May

Perdana Menteri Britain ini menggunakan kesempatan yang ada untuk menghidupkan semula perjanjian perdagangan yang baharu selepas UK mengambil keputusan untuk meninggalkan referendum.

  1. Vladimir Putin

Presiden Russia ini dilihat tertekan dengan isu keselamatan siber, dan juga isu bersama negara Ukraine dan Syria yang masih belum mencapai penyelesaian.

  1. Shinzo Abe

Abe menghadiri persidangan terbabit ditengah-tengah ketegangan hubungan negara Jepun ke atas wilayah Timur laut China. Hubungan dua negara terbabit agak tegang disebabkan tuntutan pentadbiran Jepun terhadap pulau-pulau kecil di negara matahari terbit itu. Mereka dikatakan bakal bermesyuarat pada Isnin.

  1. Justin Trudeau

Perdana Menteri Kanada dilihat menggunakan kesempatan pertemuan itu dengan meluaskan lawatan ke seluruh China. Hal ini kerana beliau berjanji untuk membaiki hubungan yang retak sejak pilihanraya yang mengangkat beliau pada Oktober 2015.

  1. Narendra Modi

Presiden India dilihat hanya tersenyum dan nampak tenang kerana negara terbabit tersenarai antara negara yang sangat pantas berkembang dari sudut ekonomi.

Baca analisa teknikal dari Tim Moshed.com bagi minggu 5-9 September 2016 disini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat