Pasca Brexit : Ketua-Ketua Syarikat Kewangan British Masih Ambil Pendekatan Berhati-Hati

52

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan pada Isnin menunjukkan bahawa ketua-ketua bagi syarikat kewangan British menunjukkan pandangan yang paling optimis dalam tempoh 18 bulan sejak undian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Bank of England mengharapkan agar pelaburan perniagaan mengekalkan pertumbuhan pada tahun ini memandangkan ekonomi British berkembang dalam kadar kedua terpantas berbanding mana-mana ekonomi maju yang lain tahun lepas.

Salah seorang akauntan Deloitte juga menyifatkan bahawa pelan pelaburan yang dibuat dalam kalangan pegawai syarikat di Britain sedang rancak dijalankan sejak Jun 2015.

31 peratus daripada CFO yang termasuk dalam kajian bulan lalu berkata bahawa mereka kini lebih yakin dengan masa depan syarikat mereka berbanding dengan 3 bulan sebelum ini. Bacaan juga meningkat daripada 27 peratus pada bulan Disember dan hanya 3 peratus sejurus selepas referendum Jun 2016.

Memetik kenyataan David Sproual, rakan kongsi kanan di Deloitte, sektor korporat kini memasuki fasa rundingan Brexit yang lebih baik berbanding jangkaan terdahulu.

Selain itu, keyakinan perniagaan juga telah kembali kepada tahap sebelum referendum.

Bagaimanapun, kira-kira 26 peratus daripada mereka dijangka akan mengurangkan perbelanjaan modal dan 30 peratus lagi merancang untuk mengurangkan pengambilan pekerja.

Minggu lepas, Perdana Menteri Theresa May secara rasmi telah mencetuskan rundingan keluar daripada Kesatuan Eropah yang bakal berlangsung selama dua tahun.

Menurut Sproul, kesemua perniagaan masih menaruh harapan bahawa UK boleh mendapatkan tawaran perdagangan yang baik dengan EU termasuk akses pasaran. Namun begitu, rancangan untuk menarik diri dari blok mesti diteruskan.

Kajian yang dijalankan oleh Deloitte di antara 8 hingga 22 Mac yang melibatkan 130 CFO, termasuk 25 daripadanya ialah dari 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Britain serta 53 syarikat yang bermodal sederhana.

Ingin Tahu Hala Tuju Emas Dalam Sesi Ini? Baca Perkembangan Terkini Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat