Pasca Covid-19 – Peluang Perkerjaan Akan Semakin Sukar Diperolehi!

572

Di Amerika Syarikat, berpuluh-puluh juta orang tidak bekerja kesan daripada impak penularan wabak Covid-19 terhadap ekonomi AS dengan kadar pengangguran pada 10.2% pada bulan Julai.

Presiden AS, Donald Trump telah meminta kongres memberi ribuan warga AS cuti dan cukai pengangguran tambahan setelah perbincangan dengan parti Demokrat tidak berjaya.

Dalam masa yang sama ekonomi AS sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi yang buruk dimana KDNK pada suku kedua telah menyusut melebih 30%.

Dalam ucpan pengerusi The Fed, Jerome Powell pada hari ini, beliau telah menyatakan walaupun ekonomi telah pulih namun para pekerja di sektor makanan seperti restoran, pelancongan, perhotelan, penerbangan dan sewaktu dengannya yang telah kehilangan pekerjaan dijangka akan semakin sukar untuk mencari pekerjaan baru dalam bidang yang sama. Powell juga menyatakan bahawa sektor-sektor perkerjaan tersebut adalah sukar untuk dipulihkan.

Beliau menegaskan bahawa pemulihan pekerjaan boleh memakan masa bertahun-tahun dan pihak pentadbiran AS harus kekal memberi bantuan sokongan agar kebajikan rakyat AS kekal terjamin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat