Pattern ‘Double Top’ di Daily Chart, Ini Fundamental Semasa EUR/USD

1,360

Anda pasti melihat satu ‘reversal pattern‘ bagi pair yang paling diminati ramai trader iaitu EUR/USD. ‘Reversal pattern‘ di sini bermaksud petunjuk bahawa pergerakan sesuatu pair itu beralih arah contohnya di sini adalah EUR/USD di Daily chart. Cuba anda lihat sekarang apa yang berlaku kepada daily chart EUR/USD, ia telah membentuk ‘double top‘ iaitu satu pattern berbentuk ‘M’.

Selepas membuat kenaikan sejak awal tahun 2017, kini satu petanda awal pair itu membuat penurunan telah terbentuk. Pastinya ramai juga yang telah ‘sell‘ EUR/USD terutama mereka yang ‘swing trader‘. Jika benar pair ini bergerak ke bawah, sudah tentu satu peluang yang begitu besar mendapatkan keuntungan. Harus diingat, artikel ini langsung tidak menyarankan anda untuk masuk sell, tetapi lebih kepada sekadar pendapat.

Jom kita bercerita tentang ‘fundamental‘ pair EUR/USD, kerana sebenarnya faktor fundamental perlu dititikberatkan dalam forex trading.

Dari segi fundamental, ramai penganalisis mengatakan US dolar kini mengukuh berbanding Euro disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang semakin tinggi.

Apa yang anda perlu tahu adalah, kadar faedah yang tinggi sebenarnya menarik lebih banyak pelaburan ke Amerika Syarikat sekaligus melonjakkan permintaan US dolar. Dalam kata lain ia sebenarnya menyebabkan ramai pelabur membeli US dolar sekaligus menyebabkan kenaikan nilai matawang greenback.

The Fed dalam unjuran terakhirnya terhadap kenaikan kadar faedah tahun ini menunjukkan potensi tiga kali kenaikan kadar faedah, dengan pasaran kini menjangka ada empat kali kenaikan faedah The Fed tahun ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat