Patutlah Harga Minyak Jatuh, OPEC Cakap Macam Tu!

572

Harga minyak mentah menurun sedikit pada Khamis tetapi memperoleh sebahagian besar kenaikan dari sesi sebelumnya setelah data kerajaan AS menunjukkan kemerosotan dalam inventori.

Penurunan ini sekali gus menyokong jangkaan bahawa permintaan bahawa permintaan terhadap bahan bakar mulai pulih walaupun masih diancam oleh peningkatan berterusan kes jangkitan Covid-19.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 8 sen kepada $45.35 setong setelah meraih keuntungan 2% pada sesi sebelumnya, sementara WTI Amerika Syarikat turun 5 sen kepada $42.62 setong selepas kenaikan sebanyak 2.6%.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), bekalan minyak mentah AS merosot sebanyak 4.7 juta tong sehari kepada 10.7 juta tong, mengalahkan jangkaan untuk penurunan hanya 3.4 juta tong sehari.

Dalam pada itu, permintaan minyak mentah pula dilaporkan telah meningkat kepada 19.37 juta tong sehari pada minggu lepas, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan sejak bulan Mac, menurut EIA.

Kenaikan harga minyak mentah yang pada mulanya disokong oleh pembacaan data memberangsangkan ini, malangnya telah dibataskan oleh laporan bulanan daripada OPEC yang mengunjurkan permintaan global akan jatuh sebanyak 9.06 juta tong sehari pada tahun ini.

Turut menjejaskan pergerakan harga minyak adalah ketidakpastian terhadap pakej rangsangan tambahan Amerika Syarikat setelah Presiden Donald Trump menuduh Demokrat sengaja tidak mahu berunding dengan pihaknya kerana penolakan beliau untuk menerima permintaan ‘mengarut’ yang tidak mempunyai kaitan dengan pandemik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat