Pecah Rekod! Jualan Runcit Negara Bagi Q2 Catat Lonjakan 63%

240

‘Sakan ber-shopping nampak warga Malaysia, lepas gian ke apa semua ni.’

Firma penyelidikan runcit, Retail Group Malaysia (RGM), melaporkan peningkatan paras tertinggi baharu bagi jualan runcit negara sebanyak 62.5% pada suku ke-2 (2Q) 2022.

Ia difahamkan telah meningkat 18.3% tahun ke tahun dari 1Q22 sebelum ini.

Catatan tersebut secara tidak langsung mengatasi unjuran jualan runcit suku tahunan yang ditetapkan Persatuan Peruncit Malaysia dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia iaitu pada kadar pertumbuhan purata 25.7% bagi 2Q22.

Menurut RGM, faktor peningkatan tersebut telah disumbangkan oleh perayaan hari Raya serta kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dan penutupan banyak kedai runcit pada Mei sehingga Jun tahun lepas.

Secara keseluruhan untuk tempoh 6 bulan pertama, industri runcit Malaysia mengalami pertumbuhan memberangsangkan pada 39.2% daripada tempoh sama tahun lalu.

Selain itu, sub-sektor runcit turut mencapai pertumbuhan positif pada 2Q22 yang melepasi unjuran pasaran.

Ringkasaan laporan jualan sub-sektor runcit negara adalah seperti berikut:

  • Sub-sektor pasar raya naik 59.7% tahun ke tahun pada 2Q22.
  • Sub-sektor fesyen dan aksesori canak 152.8%.
  • Sub-sektor produk bayi dan kanak-kanak tambah 65%.
  • Sub-sektor farmasi raih 31.5%.
  • Sub-sektor penjagaan diri lonjak 79.8%.
  • Sub-sektor perabot, pembaikan rumah serta elektrik dan elektronik cambak 81.9%.
  • Sub-sektor kedai khusus (kedai foto, kedai barangan sukan, kedai alat muzik, kedai optik, kedai peralatan kesihatan, kedai seni dan kraf serta kedai jualan langsung) macu 91.2%.

Dalam pada itu, RGM mengemas kini unjuran pertumbuhan industri runcit Malaysia setahun penuh pada 31.7% daripada 13.1% tatkala Persatuan Peruncit Malaysia dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia meramalkan pertumbuhan 61.7% bagi 3Q.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat