Pedagang Minyak Mentah Lega, Nasib Baik Powell Cakap Begitu

255

Harga minyak sedikit berubah ketika perdagangan dibuka pada sesi Asia setelah minyak mentah WTI Amerika Syarikat memaparkan prestasi terburuk pada minggu lalu disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan kes coronavirus global akan memperlambatkan pemulihan ekonomi.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat stabil di sekitar harga $59 setong selepas kejatuhan 3.5% pada minggu lalu. Sementara dagangan minyak mentah Brent pula diniagakan pada $62.95 setong.

Kestabilan ini menyusuli kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang mengatakan ekonomi AS bersedia untuk pertumbuhan lebih kuat, tetapi mengingatkan bahawa COVID-19 masih kekal sebagai ancaman.

Bagaimanapun, pergerakan harga minyak masih dibataskan oleh kebimbangan pasaran terhadap peningkatan kes coronavirus.

Walaupun AS telah memberikan vaksinasi sepenuhnya kepada lebih 70 juta rakyatnya, dan di Eropah jumlah jangkitan baru semakin menurun, tetapi, India kembali melaporkan kenaikan kes baru dan bahagian lain di Asia juga menyaksikan peningkatan.

Pergerakan harga turut dipengaruhi oleh peningkatan US dolar pada awal dagangan sesi Asia, yang disokong oleh jangkaan bahawa inflasi akan meningkat selepas menyaksikan peningkatan dalam indeks harga pengeluar AS minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat