Peguam XRP Dedah 10 Kripto Perlu Dipegang Pada 2024!

3,910

“Wow banyaknya, tapi agak-agak John Deaton dah beli ke semua kripto tu?”

Beberapa penganalisis dan pakar mata wang kripto berpandangan pasaran aset digital bakal menyaksikan pendakian ketara pada 2024 susulan daripada acara halving Bitcoin (BTC) dan kemungkinan kelulusan spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS).

Rentetan itu, John Deaton yang merupakan seorang peguam pro-Ripple (XRP) telah menyenaraikan 10 kripto teratas yang para pelabur harus memberi tumpuan, antaranya adalah BTC, Ethereum (ETH) dan XRP.

Cadangan Deaton yang selebihnya adalah Quant (QNT), Render Network (RNDR), Solana (SOL), Kaspa (KAS), Avalanche (AVAX), Hedera (HBAR), dan Casper (CSPR).

Meskipun begitu, sesetengah individu yang mengulas di bawah siaran beliau telah berpendapat bahawa Cardano (ADA) dan memecoin SOL dipanggil BONK juga harus ditambah pada portfolio seseorang pelabur.

Suka dimaklumkan momentum kenaikan XRP mungkin akan tercetus sekiranya terdapat faktor-faktor tertentu yang dapat mendorong harganya canak lebih tinggi, misalnya penyelesaian pertempuran undang-undang sepenuhnya terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Perkembangan kawal selia lain seperti kemungkinan kelulusan spot BTC ETF di AS juga dapat menyumbang pada kenaikan harga untuk XRP pada tahun 2024, oleh itu pelabur perlulah sentiasa bersedia dalam apa jua situasi yang berlaku.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, XRP perlu mengekalkan kedudukannya di atas $0.61 untuk meneruskan kenaikan sehingga $0.68 dan ia mungkin cuba sekali lagi untuk pecahkan $0.73, namun jika gagal maka aset digital itu boleh turun semula pada $0.50.

Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 4.18% pada paras $0.61 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $32 bilion tetap tetap merekodkan penyusutan 5.35% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat