Peh! Kuasa GameStop (GME) Pacukan Harga Loopring (LRC), Meningkat Lebih 57%

304

Loopring (LRC) meroket tinggi, tembus ke paras harga $1.23 pada 23 Mac dengan lonjakan lebih 57% dari $0.78 pada 22 Mac.

Bagaimanapun, ketika penulisan aset ini susut 10% dengan nilai dagangan semasa direkod pada $1.12 tetapi masih kekalkan lonjakan hampir 29% dalam 24 jam dan lebih 55% untuk jangka masa seminggu.

Apa yang mendorong kepada lonjakan ini?

Untuk pengetahuan, platform pasaran non-fungible token (NFT) GameStop (GME) telah rasmi bersiaran secara beta di protokol Loopring.

Melalui status platform NFT yang masih beta, pengguna masih boleh untuk mendaftar, menetapkan username dan profil, termasuk menghubungkan wallet dan melakukan deposit.

Rincian Loopring (LRC)

  • Merupakan blockchain lapisan-2 yang direka untuk menangani isu kelajuan dan kos transaksi di Ethereum (blockchain lapisan-1).
  • Kehadiran Loopring membolehkan pengguna menghasilkan (mint) NFT di rangkaian tersebut pada harga yang lebih murah dengan mengekalkan ciri sekuriti daripada Ethereum.

Khabar ini berjaya membawa keuntungan dalam saham GME, ditutup pada harga $141 dengan lonjakan lebih 14%.

Sebagai rekod, sejak November lagi timbul desas-desus yang mengaitkan kerjasama antara GME dengan Loopring untuk projek berkaitan metaverse.

Malah GME juga telah mengikat kerjasama dengan Immutable X (IMX) untuk penubuhan platform NFT dengan pelancaran geran bernilai $100 juta untuk pembangun dan pencipta permainan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat