Penguatan US dolar telah memberi tekanan kepada matawang di negara-negara Asia Tenggara dan Ringgit tidak terkecuali dari menerima tamparan hebat dari pengukuhan matawang greenback ini. Paling membimbangkan adalah, Ringgit menjadi antara matawang yang terbanyak kehilangan nilai di Asia Tenggara.
Selain itu, kenaikan kadar faedah bank di US juga menjadi punca kejatuhan berterusan sehinggakan memberi kesan kepada pasaran bon di Malaysia.
Kenapa hal ini berlaku?
Pendirian dasar ekonomi Trump menguatkan US dolar apabila beliau berjanji akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi US dan dasar fiskal (bajet kerajaan) berjumlah 1 trilion dolar.
Dasar fiskal yang dijanjikan oleh Trump ini dilihat mampu merancakkan ekonomi US dan telah menarik pelaburan ke US. Selain itu, potongan cukai korporat yang dijanjikannya juga akan meningkatkan pelaburan dari syarikat yang berpangkalan di US.
Hal inilah yang menyebabkan kebanyakan matawang di dunia mengalami kejatuhan nilai berbanding US dolar dan tidak terkecuali Ringgit. Untuk rekod, Ringgit telah mengalami kejatuhan sebanyak 6% sejak kemenangan Trump, dan ketika ini didagangkan di paras (RM4.47 = 1 USD) berbanding paras terbaik yang dicapai pada April 2016 (RM3.84 = 1 USD).
Selain itu, kejatuhan nilai Ringgit juga berpunca dari peningkatan penjualan bon-kerajaan Malaysia oleh pelabur asing. Untuk pengetahuan pembaca, pegangan bon-kerajaan Malaysia oleh pelabur asing adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 30%, berbanding dengan Thailand hanya 16%.
Oleh itu, disebabkan pelabur kurang tertarik kepada bon-bon di Asia Tenggara sejak akhir-akhir ini, menyebabkan pelabur menjual bon secara besar-besaran dan menyebabkan Malaysia menerima impak negatif terbesar kerana pegangan bon-Malaysia yang besar sebanyak 30% berbanding negara-negara lain yang lebih rendah.
Apa pula kaitan bon dengan Ringgit?
Apabila pelabur asing tidak berminat dengan pelaburan di Malaysia, mereka akan melepaskan pegangan atau menjual bon-Malaysia yang akan menyebabkan aliran keluar wang dari Malaysia ke luar negara. Aliran ke luar wang akan menyebabkan nilai Ringgit jatuh.
Kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan US baru-baru ini juga telah menambah kejatuhan Ringgit dengan jangkaan ada lagi tiga kenaikan kadar pada tahun 2017.
Kenapa kenaikan kadar US menyebabkan US dolar kuat dan Ringgit jatuh?
Bayangkan kadar faedah antara dua bank, A dan B, dan dimana anda mahu menyimpan duit anda. Bank A memberikan kadar faedah 3%, manakala bank B memberikan kadar faedah 5%. Sudah tentu anda memilih bank B.
Walaupun hasil-bon (keuntungan kepada pelaburan bon) di Malaysia masih tinggi, tetapi pelabur lebih memilih kepada asas ekonomi yang lebih kukuh untuk mengurangkan risiko kepada pelaburan mereka. Nilai Ringgit yang tidak stabil juga memberi risiko kepada pelaburan asing.
Disebabkan itu pelabur lebih memilih US walaupun hasil-bon (bond-yield) mereka lebih rendah dari Malaysia. Dalam hal ini pelaburan di US lebih selamat dengan asas ekonomi mereka yang kukuh dan perkara inilah yang akan dinilai oleh pelabur sebelum membuat pelaburan.
PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!