Pelabur Berduka, Minyak Mentah ‘Berdarah’ Tanpa Henti!

223

Peniaga minyak telah menyaksikan kejatuhan drastik dagangan komoditi hitam pada minggu ini susulan kebimbangan berterusan terhadap kelembapan ekonomi global dan permintaan China yang perlahan.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan berlegar pada sekitar harga $73 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula sedikit meningkat pada $69 setong.

Brent berada di landasan untuk menutup dagangan minggu ini dengan kejatuhan 8.5% selepas menjunam ke paras terendah sejak Disember 2021, sementara WTI AS pula kerugian 9.5% ke paras paling lemah sejak November 2021.

Krisis perbankan yang berterusan telah mendorong kebimbangan meluas terhadap potensi kemelesetan, ditambah pula dengan pelaksanaan kenaikan kadar faedah terbaru oleh Federal Reserve (Fed).

Bukan itu sahaja, aktiviti ekonomi China yang kekal perlahan telah meranapkan keyakinan pelabur untuk melihat pemulihan permintaan lebih kuat oleh pengguna minyak terbesar di dunia itu.

Ini menyebabkan pasaran minyak mentah ‘berdarah’ tanpa henti pada minggu ini, sebelum harga kembali stabil berikutan jangkaan kemungkinan pemotongan bekalan pada mesyuarat OPEC+ seterusnya pada Jun.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat