Pelabur Dah Sedia ‘Menyelam’ Lebih Dalam Bersama AUD/USD?

414

Pengumuman oleh Reserve Bank of Australia (RBA) untuk meneruskan rancangan pengurangan pembelian bon kerajaan (tapering) pada mesyuarat polisi edisi September semalam dilihat gagal merangsang pengukuhan dolar Australia.

Pelabur melihat sebagai isyarat dovish oleh RBA apabila langkah pembelian bon akan dilanjutkan sehingga Februari tahun hadapan, berbeza berbanding cadangan awal sehingga pertengahan November ekoran faktor pemulihan ekonomi yang perlahan.

Lanjutan tempoh untuk tapering dilakukan menunjukkan pembelian bon masih akan dikekalkan pada jumlah yang sama untuk tempoh lebih panjang yang mendorong penyusutan dolar Aussie.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, corak penurunan harga jelas dipaparkan pada Selasa semalam selepas bergerak mendatar di awal minggu.

Harga yang memberi isyarat awal pergerakan bearish selepas jatuh di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, telah meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras 0.74000 semalam.

Selepas mencecah paras terendah harian semalam sekitar 0.73740, harga bergerak mendatar bersambung ke sesi Asia pagi Rabu menguji pula paras 0.74000 yang menjadi rintangan terbaru harga.

Selepas menyentuh paras 0.74000 tersebut harga menyambung penurunan sehingga awal sesi Eropah untuk meneruskan trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal menuju ke zon tarikan harga pada trend kenaikan sebelum ini seperti pada zon 0.73340 dan 0.73000.

Sekiranya perubahan sentimen berlaku dan mengubah arah pergerakan harga untuk melonjak semula, kenaikan di atas paras 0.74000 akan mendorong harga ke paras lebih tinggi menuju rintangan 0.75000.

Mencapai paras ketinggian pada 0.75000 tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 8 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat