Pelabur Institusi Bitcoin Dalam Keadaan Berjaga-Jaga!

1,620

Dalam sesi awal dagangan pada hari ini menunjukkan Bitcoin (BTC) mengalami penyusutan sebanyak 10% ketika kebanyakan pelombong bitcoin melakukan penjualan sejumlah besar aset tersebut.

Analisis dari CryptoQuant menunjukkan nisbah jumlah bitcoin yang dijual dengan purata pergerakan satu tahun telah mencecah ketinggian lapan tahun pada minggu lepas dan masih berada di atas 2.0.

Untuk pengetahuan, sebarang rekod melepasi atas 2.0 menunjukkan kebanyakan pelombong sedang melakukan penjualan aset kripto dengan tujuan untuk memenuhi beberapa kos operasi mereka.

Tindakan pelombong sebenarnya sudah dijangka. Seperti yang diperkatakan oleh pengarah perdagangan institusi Blockfills, Neil Van Huis, “Pelombong menjual beberapa pegangan yang cukup besar bagi peruntukan modal untuk lebih banyak dan lebih baru rig perlombongan.”

Permintaan juga dilihat tidak cukup tinggi terutama dalam kalangan pelabur institusi ketika ini memandangkan mereka ‘berehat’ seketika daripada melakukan sebarang pembelian.

Rata-rata sedang menunggu dan cuba membaca gerak langkah pentadbiran Joe Biden lagi-lagi selepas Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen membuat kenyataan negatif berkenaan bitcoin dan matawang kripto yang lain.

Pengarah urusan eToro Amerika Syarikat (AS), Guy Hirsch menjelaskan jika tiada sebarang tindakan terlalu agresif atau larangan terhadap penggunaan kripto, tidak mustahil akan berlaku satu fenomena baru pelabur institusi dalam sektor ini.

Ketika penulisan, bitcoin didagangkan pada $32,197, susut 0.94% dengan rekod terendah ketika pasaran dibuka mencecah $30,000 awal pagi tadi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat