Pelabur Jangka EUR/USD Akan Susut Lebih Rendah, Paras $1.1600 Jadi Sasaran?

482

Walaupun minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) tidak mendedahkan sebarang penetapan waktu untuk melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering), namun pelabur masih melihat kecederungan tindakan tersebut susulan cadangan oleh beberapa ahli Fed.

US dolar pada Khamis semalam pamerkan prestasi cemerlang apabila meneruskan pengukuhan ke paras tertinggi 9 bulan yang turut didorong oleh sentimen pasaran yang berisiko.

Pada sesi New York semalam juga, data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) untuk minggu lalu juga turut mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan memberi isyarat positif untuk sektor buruh.

US dolar berjaya memberi tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama dalam pasaran menuju penghujung minggu namun sedikit berbeza untuk Euro.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah pun menunjukkan penurunan ke paras terendah terbaru untuk tahun ini selepas jatuh lebih rendah di bawah paras 1.17000 yang merupakan zon support harga sebelum ini.

Selepas mencecah ke paras sekitar 1.16650, harga meningkat semula untuk menguji kembali paras 1.17000 yang menjadi rintangan terbaru harga.

Selepas paras tersebut gagal dilepasi dan harga juga gagal untuk melepasi halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam, harga susut semula untuk memberi isyarat pergerakan bearish.

Pergerakan harga pada penghujung sesi New York mula perlahan bersambung pada awal sesi Asia pagi Jumaat di sekitar paras 1.16800.

Sekiranya harga yang masih menguji zon SBR (support become resistance) 1.17000 gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dijangka untuk membuat penurunan ke paras 1.16000.

Paras 1.16000 tersebut merupakan zon support harga pada dagangan September dan Oktober 2020 yang akan diberi perhatian oleh para pelabur.

Namun jika kenaikan harga berjaya diteruskan semula di atas zon 1.17000, petunjuk untuk isyarat bullish akan mendorong jangkaan untuk harga menuju kembali ke zon rintangan 1.18000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat