Tumpuan pasaran terarah kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam yang telah memberi kesan terhadap pergerakan mata wang US dolar.
Sedikit mengatasi ramalan, indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat kepada 3.7% untuk bulan Ogos daripada 3.2% bulan sebelumnya, mengatasi jangkaan 3.6%.
US dolar memaparkan pengukuhan, namun tidak seperti yang diharapkan pelabur apabila momentum agak mengendur semula menuju ke penutup dagangan penghujung sesi New York.
Pasaran kekal menjangkakan pengetatan dasar akan diteruskan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat minggu hadapan, dengan kadar faedah berkemungkinan kekal di paras yang tinggi.
Sementara itu, tumpuan hari ini akan terarah kepada keputusan mesyuarat dasar monetari European Central Bank (ECB) dengan jangkaan kadar faedah dikekalkan di paras 4.25%.
Beberapa data ekonomi AS juga turut akan diperhatikan pada sesi New York nanti termasuk inflasi pengeluar dan jualan runcit.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-reaksi-cpi-as
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, reaksi pada data CPI yang diterbitkan semalam telah menyaksikan turun naik harga dalam julat sekitar 50 pips.
Harga turun seketika ke paras 1.07100 sebelum melantun naik semula ke paras 1.07600 dan kemudianyanya perlahan di antara zon tersebut sehinggalah menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.07300.
Pergerakan harga kekal perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis) dan berlegar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang diperhatikan pelabur.
Sekiranya US dolar berjaya lanjutkan pengukuhannya, penurunan harga bakal berlaku untuk melihatkan harga menguji zon support pada 1.07000.
Jika tembus lebih rendah, paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran harga untuk menuju pula sekitar 1.06000.
Namun jika harga membuat kenaikan lebih tinggi selepas ini, sasaran adalah untuk mencapai ketinggian pada 1.08000 untuk menguji paras rintangan tersebut.
Dengan isyarat bullish yang lebih jelas, kenaikan boleh diteruskan lagi sehingga mencapai semula pada zon 1.09000 yang menjadi tumuan pada dagangan penghujung Ogos lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG