Pelabur Kecewa Momentum Kenaikan Harga BTC Terhalang, Apa Dah Berlaku Pada Pasaran Kripto?

163

Harga Bitcoin gagal untuk kekal pada paras harga lebih $23,000 dan merosot beberapa ratus dolar berikutan kegagalan tersebut. Pada ketika ini, BTC didagangkan pada paras harga $22,727.47, jatuh 1.32% dalam tempoh 24 jam.

Kebanyakan altcoin turut mengikut jejak yang sama dengan ianya didagangkan susut dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk mata wang kripto popular seperti Cardano, Solana, Polygon dan lain-lain yang terkesan jauh lebih besar.

Pada bulan ini, Bitcoin telah berjaya menembusi paras $17,000 pada permulaan minggu kedua tahun baru dan sejak itu ia tidak lagi menoleh ke belakang. Penembusan itu membawa kepada sentimen yang lebih tinggi, dan aset itu melonjak kepada lebih $20,000 menjelang akhir minggu yang sama.

Walau bagaimanapun, 24 jam yang lalu telah membawa sedikit impak untuk kenaikan harga kerana harga BTC yang merosot kepada $22,400. Ia telah pulih sedikit pada masa ini, tetapi ia masih di bawah $23,000. Penurunan ini berlaku di tengah-tengah laporan bahawa pelabur jangka pendek telah mengambil sedikit keuntungan.

Paras pasarannya masih di bawah $440 bilion, manakala penguasaannya ke atas alt coin telah meningkat kepada 42.6%.

Binance Coin berjuang untuk kekal melebihi $300 kerana ia telah merosot sebanyak 4.3%. Ripple, OKB, Litecoin dan Tron jatuh dengan peratusan yang sama.

Lebih banyak kerugian harian, terutama daripada Cardano, Dogecoin, Polygon, Solana, Polkadot, dan Shiba Inu. Semua ini telah menurun sehingga 7% dalam sehari.

Berdasarkan laporan penyedia perisikan blockchain, Glassnode yang mengkaji corak tingkah laku dalam rantaian mendapati bahawa pelabur Bitcoin jangka pendek mula menjual pegangan BTC mereka untuk mengambil keuntungan.

Waima begitu lapora tersebut menyatakan bahawa pelabur jangka panjang masih lagi mengekalkan pegangan mereka walaupun di tengah lonjakan harga baru-baru ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat