Pelabur Keliru, RBNZ Nak Naikkan Kadar Faedah Atau Tidak?

209

Pelabur dolar kiwi kini berbelah bahagi sama ada Bank Pusat New Zealand (RBNZ) akan mula meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu depan, ketika angka kes jangkitan Covid-19 di Auckland menunjukkan peningkatan semula.

Angka kes coronavirus di New Zealand meningkat ke tahap tertinggi harian pada hari ini, dengan sebanyak 45 kes semuanya dilaporkan di Auckland.

Ini menyebabkan pasaran bimbang bahawa sekatan coronavirus di bandar itu dilanjutkan lebih lama, atau mungkin diperketatkan lagi ke tahap 2 daripada tahap 3 yang sedang dilaksanakan.

RBNZ akan mengadakan pertemuan dasar monetari pada hari Rabu minggu depan, di mana pasaran kini mengharapkan bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas berbanding 50 mata asas sebelumnya.

Komen dari Penolong Gabenor RBNZ, Christian Hawkesby pada minggu lalu menunjukkan bahawa bank pusat mungkin akan menaikkan kadar secara beransur-ansur dengan kenaikan 25 mata asas.

Bagaimanapun, dengan kebangkitan semula kes coronavirus di Auckland, pelabur meragui sama ada bank pusat akan melaksanakannya, memandangkan sebelum ini RBNZ pernah menangguhkan kenaikan kadar selepas 1 kes dikesan di negara itu pada bulan Ogos.

Ketika penulisan, dolar kiwi diniagakan susut di sekitar paras terendah lima minggu berbanding dolar greenback pada 0.6948.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat