Pelabur Ragui Kenaikan GBP/USD Selepas Lonjakan Awal Minggu

348

Walaupun dijangka untuk bergerak lemah, namun Pound Sterling berjaya pamerkan peningkatan pada dagangan awal minggu berbanding US dolar pada sesi Eropah semalam.

Dapat diperhatikan lonjakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi Eropah semalam sekitar 90 pips ke paras ketinggian sekitar 1.38450.

Namun harga menjunam semula pada sesi New York di bawah paras 1.38000 untuk menutup dagangan di sekitar paras 1.37600.

Penganalisis masih menjangkakan untuk penurunan harga pada carta GBP/USD minggu ini sementara US dolar juga kekal didagangkan kukuh disokong oleh beberapa faktor seperti lonjakan hasil bon AS dan juga sentimen pasaran risk-off.

Turut menambah tekanan buat Pound apabila ahli jawatankuasa mesyuarat Bank of England (BOE), Gertjan Vlieghe menyampaikan kenyataan yang bernada dovish untuk polisi monetari. Beliau menyatakan berkemungkinan tiada perubahan ketara pada polisi dalam masa terdekat.

Penurunan semula harga pada carta GBP/USD di bawah paras 1.38000 kembali menguatkan jangkaan penganalisis sebelum ini untuk penurunan lebih rendah harga.

Sasaran awal penurunan harga akan ke paras 1.37000-1.37800 yang menjadi zon support bagi dagangan Mac.

Penurunan lebih rendah bakal mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu berkemungkinan menuju ke paras sekitar 1.36000.

Sekiranya kenaikan harga berlaku, zon SBR (support become resistance) 1.38000 akan kembali diuji semula. Kenaikan melepasi zon tersebut akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan kembali menjangkakan harga untuk menuju ke zon rintangan 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat