Pelabur Semakin Gusar Selepas Hasil Tinjauan Reuters Terhadap Perjanjian EU-UK Dikeluarkan!

431

Tinjauan Reuters mendapat bahawa kemungkinan UK dan Kesatuan Eropah gagal sepakat perjanjian perdagangan pada akhir tahun ini adalah tinggi. Bacaan kebarangkalian kegagalan hal tersebut menlonjak pada bulan lalu berikutan rundingan yang terhenti disebabkan isu perikanan dan bantuan negara yang tidak kunjung selesai.

PM Johnson tekad untuk menamatkan rundingan sehingga pertengahan Oktober setelah menyaksikan hanya sedikit kemajuan yang dibuat dalam beberapa rundingan sebelum ini berikutan perbezaan kedua-dua pihak. Johnson juga telah berulang kali mengatakan bahawa beliau tidak akan memanjangkan tarikh akhir.

Pada hari Rabu, pihak UK dilaporkan membuat pengumumam rancangan undang-undang baru yang akan menggantikan bahagian-bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit dimana ia akan melanggar undang-undang antarabangsa.

Berdasarkan tinjauan Reuter pada 7-9 September, kemungkinan kedua-dua belah pihak gagal mencapai kesepakatan telah melonjak kepada 40% dan dijangka akan meningkat lagi.

Segelintir penganalisis berpendapat masih ada ruang untuk dibaiki. Menurut Jordan Rochester dari Nomura bahawa jalan untuk mempercepatkan perjanjian pada bulan Disember dapat dicapai jika perbincangan untuk menyelesaikannya dapat dicapai pada Oktober ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat