Pelabur Tergamam, 6 Memecoin Ini Termasuk SHIB Meroket Lebih 100%!

1,493

“Fulamak bukan biasa-biasa, siapa yang ‘all in’ semua dalam memecoin ni mesti dah profit banyak kan.”

Para pelabur pasti terkejut setelah melihat banyak memecoin menggunung tinggi apabila bets menentang Dogecoin (DOGE), Shiba Inu (SHIB), Pepe Coin (PEPE), Floki Inu (FLOKI) dan BONK yang sumbang liquidations lebih $50 juta telah mencetuskan pendakian harga tersebut.

Liquidation merujuk bursa kripto menutup secara paksa position leveraj trader disebabkan kehilangan sebahagian atau keseluruhan margin awal, di mana ia berlaku apabila trader tidak dapat memenuhi keperluan margin untuk position berleveraj.

Berbalik pada prestasi mengejutkan memecoin, PEPE naik 370.71% bagi mencatat rekod tertingginya dan perlu diketahui dogwifhat (WIF) yang raih 333.49% sepanjang minggu lepas berjaya menjadi salah satu memecoin pertama melepasi harga $1.

Memecoin menjadi tumpuan minggu lepas apabila keterujaan terhadap blockchain makin meningkat dan ini menyebabkan DOGE, SHIB, PEPE dan FLOKI berasaskan Ethereum (ETH) raih sebahagian besar volum dagangan meme manakala BONK serta WIF pula bertindak sebagai proxies Solana (SOL).

Sementara bets bullish pada DOGE tercetus apabila $1 bilion dalam positions dibuka manakala 70% daripada betting itu adalah long dan open interest dalam PEPE, SHIB, BONK serta FLOKI turut naik berlipat kali ganda pada terkumpul $1.5 bilion dalam beberapa hari lalu.

Setakat penulisan ini, harga DOGE lonjak 9.58% pada paras $0.15 dalam tempoh 24 jam lalu kemudian 79.52% sepanjang minggu lepas termasuk SHIB yang raih 130.06% pada $0.000022 dan PEPE pula naik 54.81% dalam masa 24 jam terakhir pada $0.0000065.

Manakala FLOKI dan BONK yang kini didagangkan pada paras $0.00014 serta $0.000030 masing-masing pacak 303.21% dan 150.02% dalam masa tujuh hari lepas kemudian WIF pula memacu naik 7.29% pada $1.64 dalam masa 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat